Monday 21 October 2013

Timun Tikus, Coccinia Grandis



Koleksi ulam yang baru baru dibiakkan melalui keratan batang, selain buah mudanya dijadikan ulam atau masakan daun sulurnya boleh dibuat sayur.

Tuesday 15 October 2013

Daun Pisang. Banana Leaf




Selain memberi aroma pada pada penyediaan masakan, hingga menaikkan selera, bahan Allantoin Active pada daun pisang digunakan oleh para pembuat barangan kosmetik. Ia boleh digunakan utk meringankan kesan terbakar dari menjadi lebih teruk kerana daun pisang boleh menyejukkan kulit serta merta.

Daun Inai, Lawsonia inermis

Selain untuk dijadikan pewarna untuk memerahkan hujung jari ia juga antara ramuan mandian selepas bersalin bagi mengecutkan rahim.

Ulam Raja. Cosmos Caudatus

Pucuk ulam raja dimakan mentah dengan sambal belacan memang sedap, orang kata boleh jadi awet muda kalu slalu makan daun ni.

Monday 14 October 2013

Jarum 7 Bilah. Pereskia socharosa/saecnarosa


Satu ketika pokok ini begitu pupular kerana dikatakan dapat buang toxic dalam badan, setiap hari mengunyah daun ini,

Pokok Bunga Kantan, Ginger bud, Phaeomoria speciosa

Ketika tebing Sungai Balak, tempat saya bercucuk tanam runtuh pokok ni hampir pupus. Nasib baik ada serumpun yg tinggal nyawa-nyawa ikan,saya biakkannya semula setelah tebing dibaiki oleh JPT dan kini sudah ada 12 rumpun dan galak berbunga.Saya menanamnya kerana kdgkala sekuntum bunga ini mencecah hampir 2 ringgit, buat apalah buang duit, kalau boleh tanam sendiri. Apapun tak ada bunga ni laksa saya makan jadi tak sedap.
 Buah kantan boleh dibuat masakan bagi menggantikan belimbing buluh.


Pokok Mengkudu, Morinda citrifolia


Daun pokok mengkudu ini berguna untuk dibuat tunku untuk orang bersalin. Tradisi menggunakan tunku ini diamalkan oleh isteri saya dari dahulu hingga sekarang.

Lidah Buaya, Aloe Vera



Aloe Vera ni saya sifatkan tumbuhan paling berguna saya, sebab tu disamping saya menanammya dikebun, saya tanam dalam pasu utk memudahkan ia diguna bila bila masa semasa demam panas. Kalau mengalami demam panas sangat saya ambil daunya dan belah, cuma ambil agar-agar putih didalamnya sahaja, dan di blend, seterusnya disapukan terus dikepala. InsyaAllah panas akan berkurang dgn cepat.

Saturday 12 October 2013

Paku Rawan, Limnocharis Flara

Pokok ni tumbuh sendiri dikawasan agak berpaya di kwsn kebun, daripada satu pokok begini sudah menjadi banyak, mungkin  kerana disini sedikit berlumpur memudahkan ia membiak. Batang muda yang masih berkudup atau tidak kembang boleh dijadikan ulam, ada juga menggorengnya semacam kangkung.

Pokok Pandan Wangi. Pandanus amaryllifolius, Pandan leaves

Sering menjadi habuan peniaga nasi lemak, kadang-kadang menjualnya (suka-suka saja) .Selain menjadi ramuan bunga rampai turut dijadikan bantal untuk jenazah kerana baunya yang harum. Tak sah kalau tak menggunakannya ketika buat pengat,

Pokok Palas Duri, Licuala sapinosa Roxb


Satu lagi pokok yang saya sayang, tak lama lagi akan ditutupi oleh tanah kerana projek Sekolah Tahfiz..Bukan senang nak menghidupkannya, satu satunya pokok yang saya tanam yang paling lambat membesar, tak tahu kenapa. Ayah mertua saya berkata pokok ni memang lambat membesar. Bagaimanpun sudah lebih 3 kali ambil pucuk mudanya untuk buat ketupat pulut.

Pokok Letup-letup. Passiflora foetida, (Physalis)

Daun muda dan buahnya boleh dimakan. Air rebusan pokok ini boleh mengubati penyakit kerongkong.Buahnya yang sudah masak berwarna oren, rasanya masam masam manis. Kadangkala  berebut dengan Sang Tupai Tanah yang suka memkan buah ni.

Pokok Misai Kucing, Orthosiphon stamineus. Benth

Hanya tingggal gambar, ada hambaAllah terpancung pokok ni ketika menebas menggunakan mesin dikebun, ralatnya. Saya akan menanamnya kembali InsyaAllah. Tumbuhan herba ini berguna untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.Ada yang mengadunkannya dengan tebu merah Cina untuk menghilangkan darah tinggi

Pokok Bonglai, Zingiber cassumar Roxb (Zingiberaceae)

Benih pemberian aruah emak ni berguna untuk kanak-kanak kecil, ia dikatakan dapat menghindarkan gangguan dari makhluk halus. Tergolong dalam famili halia kerana ubinya seakan halia.Bunganya cantik berwarna merah seakan bersisik-sisik, kadangkala saya buat sebagai bunga hiasan di atasa meja,

Pokok Pecah Beling atau Pecah Kaca, Strobilanthes crispus or Saricocalix crispus (Acanthaceae)

Daunnya boleh dimakan mentah atau direbus. Ia boleh memecahkan karang kecil didalam sistem badan kita.Ia tumbuh merimbun di kebun berhampiran perkarangan Masjid Al Ikwaniah. Sesiapa yang berhajat bolehlah datang untuk mengambilnya.

Pokok Beka, Pajanelia longifolia (Willd) Schum

Pucuk pokok Beka muda dan buahnya boleh dimakan. Direbus atau dimakan mentah. Rasanya pahit-pahit lemak. Buahnya dibakar/layur dan boleh dibuat kerabu,

Daun Remunggai atau Daun Kelo, Moringa oleifera

Saya belum mencuba menggunakan daun ni untuk masakan, menurut kawan saya rasanya seperti daun Turi aja. Bagaimanapun buah pokok Remunggai ini biasa saya gunakan untuk masak kari atau dal. Memang enak, memakannya dengan meraut..

Kangkong Lombong. Ipomoea aquatica Forsk.

Kerana tempat ni berair dan berselut saya campakkan 3 ikat kangkung yang saya beli dikedai dan kangkung berbatang merah ni  terus hidup dan menjalar, kalau teringin nak buat goreng atau pecal saya pungut disini saja,

Mahkota Dewa. Phaleria macrocarpa

Ada 2 pokok Mahkota Dewa yang hidup subur dikawasan lapang bahagian belakang mimbar masjid. Jika buahnya sudah masak saya dan beberapa sahabat yang lain memetik buah ini untuk dihiris hiris dan dikeringkan untuk dijadikan minuman seakan teh.

Pokok Mas Cotek, Fiscus deltoidea

Daun Mas Cotek dikeringkan dibuat minuman macam menyediakaan teh. Berkhasiat untuk kesihatan.Dari 4 pasu tinggal 1 pasu, saya terfikir untuk mengalihkannya ke atasa tanah supaya ia lebih subur dan tidak payah dijaga selalu.

Pokok Tenggek Burung, Euodia redievi

Tenggek Burung ni lama dah saya tanam tapi lembat membesar nak dipetik pucuknya untuk dibuat ulam pun tak sanggup.Biarlan dia membesar dan menbesar tahulah saya nanti....

Jantung Pisang


Bukan semua jantung pisang sedap dimakan, saya suka jantung Pisang Awak, ia tidak pahit kelat. berbanding jantung Pisang Nangka atau Pisang Emas.Paling saya suka jantung Pisang Hutan, setelah direbus teksturnya halus dan agak manis.

Pucuk Ubi Pulut

Pucuk ubi ada bermacam jenis, saya suka jenis ini ubinya agak kekuningan sedap untuk dibuat masak lemak cili api.Satu lagi berwarna hijau muda iaitu ubi pulut juga serta jenis berdaun agak lebar dikenali sebagai ubi tahun.

Friday 11 October 2013

Hempedu Bumi atau Pokok Cerita, Andrographis pariculata nees (Acanthaceae)

Aduahai pahitnya macam akan seruntun ..tapi khasiatnya bagus untuk mengubati penyakit kencing manis. Saya pernah temuramah seorang tua di Permatang Pasir Seberang Prai kira kira 15 tahun lalu, " apa rahsia pakcik ni hingga boleh bertahan sampai umur 80an" , selamba dia menjawab, "'dia bertenaga kerana mengamalkan minum air rebusan Akar Cerita (Hempedu bumi) yang telah dikeringkan."

Limau Kasturi , Calamasi, Citrus microcarpa

Aduhai kat mana nak dialihkan 12 batang pokok yang dah selalu berbuah ni, apa nak buat menumpang berkebun di sebagian perkarangan masjid, dengar cerita kawasan hujung masjid ni akan dibina Sekolah Tahfiz,kita menumpang saja terpakslah menanggung risikonya. Bagaimanapun dah puas memetik hasilnya, saya pula suka buat teh o limau + ais , kan sudah jimat tuuuu

Daun Kuchai, Allium tuberosum

Pokok kucai ni sudah hampir 3 tahun hidup. Inilah pokok sayur yang senang ditanam dimana saja, dalam pasu atau tanah.Kerat bahagian atas kira kira 1 inci dari ubi bawahnya, ia akan tumbuh semula, kerat tumbuh, kerat tumbuh, begitulah perangai pokok kuchai ni,, amat berbaloi menanamnya dan tak termakan...

Pokok Bismillah, Vemonia amygdalina (Asteraceae)




Daun Bismillah macam nak serupa dengan sambung nyawa tapi daun ni besar sedikit dan tinggi menggalah.Kalau dirumah Cina pokok ni daunnya selalu togel kerana mereka pandai menggunakannya utk merawat darah tinggi,kencing manis.Boleh disemai menggunakan keratan batang. Orang Afrika menamakannya Pita Leaf, saya pernah lihat orang kulit hitam ni memetik daun ini, dan ia kata untuk dibuat sup, makan bersama maggi.Saya alua alukan bagi sesiapa yang hendak menggunakannya atau untuk dibuat benih, Jangan risau Free saja..