Koleksi tanaman herba, ulam-ulaman dan tanaman terpilih yang saya tanam di atas bumi ciptaan Allah ini bagi kemudahan semua (PERCUMA/FREE) mudah-mudahan dapat memberi pertolongan bagi yang memerlukan, bagi tujuan menyembuhkan pelbagai penyakit secara tradisional,mengikut ilmu warisan nenek moyang kita sendiri..InsyaAllah
Saturday, 12 October 2013
Pokok Bonglai, Zingiber cassumar Roxb (Zingiberaceae)
Benih pemberian aruah emak ni berguna untuk kanak-kanak kecil, ia dikatakan dapat menghindarkan gangguan dari makhluk halus. Tergolong dalam famili halia kerana ubinya seakan halia.Bunganya cantik berwarna merah seakan bersisik-sisik, kadangkala saya buat sebagai bunga hiasan di atasa meja,
Pokok Pecah Beling atau Pecah Kaca, Strobilanthes crispus or Saricocalix crispus (Acanthaceae)
Daunnya boleh dimakan mentah atau direbus. Ia boleh memecahkan karang kecil didalam sistem badan kita.Ia tumbuh merimbun di kebun berhampiran perkarangan Masjid Al Ikwaniah. Sesiapa yang berhajat bolehlah datang untuk mengambilnya.
Pokok Beka, Pajanelia longifolia (Willd) Schum
Pucuk pokok Beka muda dan buahnya boleh dimakan. Direbus atau dimakan mentah. Rasanya pahit-pahit lemak. Buahnya dibakar/layur dan boleh dibuat kerabu,
Daun Remunggai atau Daun Kelo, Moringa oleifera
Saya belum mencuba menggunakan daun ni untuk masakan, menurut kawan saya rasanya seperti daun Turi aja. Bagaimanapun buah pokok Remunggai ini biasa saya gunakan untuk masak kari atau dal. Memang enak, memakannya dengan meraut..
Kangkong Lombong. Ipomoea aquatica Forsk.
Kerana tempat ni berair dan berselut saya campakkan 3 ikat kangkung yang saya beli dikedai dan kangkung berbatang merah ni terus hidup dan menjalar, kalau teringin nak buat goreng atau pecal saya pungut disini saja,
Mahkota Dewa. Phaleria macrocarpa
Ada 2 pokok Mahkota Dewa yang hidup subur dikawasan lapang bahagian belakang mimbar masjid. Jika buahnya sudah masak saya dan beberapa sahabat yang lain memetik buah ini untuk dihiris hiris dan dikeringkan untuk dijadikan minuman seakan teh.
Pokok Mas Cotek, Fiscus deltoidea
Daun Mas Cotek dikeringkan dibuat minuman macam menyediakaan teh. Berkhasiat untuk kesihatan.Dari 4 pasu tinggal 1 pasu, saya terfikir untuk mengalihkannya ke atasa tanah supaya ia lebih subur dan tidak payah dijaga selalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)








