Monday, 14 October 2013

Pokok Mengkudu, Morinda citrifolia


Daun pokok mengkudu ini berguna untuk dibuat tunku untuk orang bersalin. Tradisi menggunakan tunku ini diamalkan oleh isteri saya dari dahulu hingga sekarang.

Lidah Buaya, Aloe Vera



Aloe Vera ni saya sifatkan tumbuhan paling berguna saya, sebab tu disamping saya menanammya dikebun, saya tanam dalam pasu utk memudahkan ia diguna bila bila masa semasa demam panas. Kalau mengalami demam panas sangat saya ambil daunya dan belah, cuma ambil agar-agar putih didalamnya sahaja, dan di blend, seterusnya disapukan terus dikepala. InsyaAllah panas akan berkurang dgn cepat.

Saturday, 12 October 2013

Paku Rawan, Limnocharis Flara

Pokok ni tumbuh sendiri dikawasan agak berpaya di kwsn kebun, daripada satu pokok begini sudah menjadi banyak, mungkin  kerana disini sedikit berlumpur memudahkan ia membiak. Batang muda yang masih berkudup atau tidak kembang boleh dijadikan ulam, ada juga menggorengnya semacam kangkung.

Pokok Pandan Wangi. Pandanus amaryllifolius, Pandan leaves

Sering menjadi habuan peniaga nasi lemak, kadang-kadang menjualnya (suka-suka saja) .Selain menjadi ramuan bunga rampai turut dijadikan bantal untuk jenazah kerana baunya yang harum. Tak sah kalau tak menggunakannya ketika buat pengat,

Pokok Palas Duri, Licuala sapinosa Roxb


Satu lagi pokok yang saya sayang, tak lama lagi akan ditutupi oleh tanah kerana projek Sekolah Tahfiz..Bukan senang nak menghidupkannya, satu satunya pokok yang saya tanam yang paling lambat membesar, tak tahu kenapa. Ayah mertua saya berkata pokok ni memang lambat membesar. Bagaimanpun sudah lebih 3 kali ambil pucuk mudanya untuk buat ketupat pulut.

Pokok Letup-letup. Passiflora foetida, (Physalis)

Daun muda dan buahnya boleh dimakan. Air rebusan pokok ini boleh mengubati penyakit kerongkong.Buahnya yang sudah masak berwarna oren, rasanya masam masam manis. Kadangkala  berebut dengan Sang Tupai Tanah yang suka memkan buah ni.

Pokok Misai Kucing, Orthosiphon stamineus. Benth

Hanya tingggal gambar, ada hambaAllah terpancung pokok ni ketika menebas menggunakan mesin dikebun, ralatnya. Saya akan menanamnya kembali InsyaAllah. Tumbuhan herba ini berguna untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah.Ada yang mengadunkannya dengan tebu merah Cina untuk menghilangkan darah tinggi