Koleksi tanaman herba, ulam-ulaman dan tanaman terpilih yang saya tanam di atas bumi ciptaan Allah ini bagi kemudahan semua (PERCUMA/FREE) mudah-mudahan dapat memberi pertolongan bagi yang memerlukan, bagi tujuan menyembuhkan pelbagai penyakit secara tradisional,mengikut ilmu warisan nenek moyang kita sendiri..InsyaAllah
Friday, 11 October 2013
Keladi Udang, Colocasia esculenta
Turut berkongi tempat dengan kesum, dari 3 batang yang ditanam sudah membiak banyak kerana ia sesuai berada ditempat lembab dan berair. Alhamdulillah orang kata kalau ditanam ditempat berair keladi akan jadi gatal. Keladi ni sejuk kata orang tua-tua ia tak baik untuk mereka yang mengalami sakit-sakit urat, ubinya juga sedap di dibuat pengat.
Daun Kesum, Persicaria odorata
Daun Kesum yang tumbuh subur dikawasan mata air yang sedikit berpaya dikebun. Bahan utama utk masakan laksa dan asam pedas.Kadangkala sengaja seronok-seronok menjualnya.
Daun Kaduk, Piper sarmentosum
Popular dengan bidalan Seperti Kaduk Naik Junjung.Inilah daun kaduk ia boleh dijadikan ulam atau dimasukkan dalam masakan.Antara ramuan untuk masak tempoyak. Jiran saya masak lemak ketam
Bunga Telang, Clitoria ternatea, Blue pea flower.
Warna birunya cantik, dari jauh dah nampak, ia hidup manjalar dibatang pokok kelo saya. Tumbuhan ini hidup sendiri benihnya mungkin dibawa unggas dari tempat lain, saya manjaganya dan membiarkannya terus hidup. Warna bunga ini dijadikan sebagai warna untuk nasi kerabu.
Bunga Daun Kari, Murraya koenigii (Rutaceaea)
Bunga Betik Jantan
Bunga betik ni direbus untuk dibuat kerabu.Arwah emak rajin juga buat kerabu menggunakan bunga betik ni, pernah sekali saya sendiri cuba buat (resipi dari internet) tapi tak jadi lah pulak...hmmm
Pokok Sukun, Artocarpus altilis (Moraccea)
Buah Sukun yang sudah tua enak dibuat goreng.Yang sudah lembik dan terlalu masak dilenyek buat cekodok. Pokok ni terlalu cepat membesar. Sudah 2 kali belajar mengeluarkan buahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)









